Negaraku Lyrics

Negaraku Lyrics by Altimet :
[Faizal Tahir]
Negaraku
Negaraku
Ku beri sepenuhnya
Ku beri sepenuhnya, ini Negaraku
Oh darahku
Hiduplah sepenuhnya
Dirgahayu semua

[Joe Flizzow]
Kalau kata itu kota, kami bina tamadun
Lihat rangkap-rangkap pantun hidup beratus tahun
Bangkit seribu perwira selamat sejuta insan
Gelap dalam matahari insan juga bisa insaf
Mana cerita panglima yang wujud benar
Awang hitam kaji awan putih bila berlayar
Hamba keliling dunia, tuannya yang terkenal
Dah merdeka di jasad, harus bebas di akal

[Faizal Tahir, Joe Flizzow]
Hatiku tetap hanya padamu
Keranamu aku berdiri
Tanpamu cita-cita hanya kekal sebagai mimpi
Semuanya bermula dari sini

[Faizal Tahir]
Negaraku
Negaraku
Ku beri sepenuhnya
Ku beri sepenuhnya demi Negaraku
Oh darahku
Hiduplah sepenuhnya
Dirgahayu semua

[Altimet]
Dan dari ’57
Jalannya telah disuluh
Bangkit seakan subuh
Rebung dilentur buluh
Terus ke ’63
Kami menjadi kita
Jangan dipersia akibat titik-titik nila
Biar hujan batu turun selebat tengkujuh
Selagi kami mampu, semangat tak pernah lumpuh
Selagi ada tubuh untuk kamu aku memburuh
Usaha yang aku bubuh, semua petir tiada guruh

[Faizal Tahir, Altimet]
Hatiku tetap hanya padamu
Keranamu aku berdiri
Tanpamu cita-cita hanya kekal sebagai mimpi
Semuanya bermula dari sini

[Faizal Tahir]
Negaraku
Negaraku
Ku beri sepenuhnya
Ku beri sepenuhnya demi Negaraku
Oh darahku
Hiduplah sepenuhnya
Dirgahayu semua

[SonaOne]
Ini untuk kamu yang terima undi aku
Try ‘na change the world
Bagi dunia suara baru
Ini bukan negara aku
Ini negara kita
Buat je cara kita
Buat je cara kita

[Faizal Tahir]
Negaraku
Negaraku
Ku beri sepenuhnya
Ku beri sepenuhnya ini Negaraku
Oh darahku
Hiduplah sepenuhnya
Dirgahayu semua

[All]
Ini untuk kamu yang terima undi aku
Try ‘na change the world
Bagi dunia suara baru
Ini bukan negara aku
Ini negara kita
Buat je cara kita
Buat je cara kita