Jaguh Lyrics

Jaguh Lyrics by Altimet :
[Intro: Dan $hiv]
Yeah
Yeah
Yeah
Ay-ay-yay
Yeah
Yeah
Yeah
Yeah
OK

[Chorus: Dan $hiv dan Altimet]
Kalau patah sayap
Aku bertongkat paruh
10 kali bangkit
Kalau 9 kali jatuh
11 kali tewas
Ke 12 aku jaguh
Tiada angin dalam layar
Ha, aku sanggup kayuh
Kalau patah sayap
Aku bertongkat paruh
10 kali bangkit
Kalau 9 kali jatuh
11 kali tewas
Ke 12 aku jaguh
Tiada angin dalam layar
Ha, aku sanggup kayuh

[Verse 1: Altimet]
Mereka kata tak boleh
Aku kata OK (OK)
Aku tak banyak songeh (yo)
Buat saja sebaik mereka toleh (hah)
Bukan bersikap angkuh, bukan budak mentah
Ku dah masak dengan jatuh
Berapa kali tersungkur
Tanya tuan punya badan
Pahit manis hidup mari aku tambahkan asam garam
Saingan aku makan sambil aku cari makan
Lepas rangkak aku jalan lepastu berlari sakan
Jadi letak halangan, aku sambut cabaran
Semua aku tangankan, ini janji bukan amaran
Apa guna tongkat kalau dah mampu berjalan
Apa guna taring kalau malu nak membaham
Kalau malas nak genggam, apa guna tangan
Apa guna akal kalau korang tak reti nak faham (yahh)

[Chorus: Dan $hiv dan Altimet]
Kalau patah sayap
Aku bertongkat paruh
10 kali bangkit
Kalau 9 kali jatuh
11 kali tewas
Ke 12 aku jaguh
Tiada angin dalam layar
Ha, aku sanggup kayuh
Kalau patah sayap
Aku bertongkat paruh
10 kali bangkit
Kalau 9 kali jatuh
11 kali tewas
Ke 12 aku jaguh
Tiada angin dalam layar
Ha, aku sanggup kayuh

[Verse 2: Altimet]
Percaya omong aku
Aku sokong aku
Ini masa aku
Ikut cara aku
Berbudi aku, berbahasa pun aku
Yang sudi aku, yang berjasa pun aku
Aku tolong aku, aku dorong aku
Ini jalan aku, aku lawan aku
Aku kawan aku, bila masyuk duit masuk
Nanti cuba teka siapa makan?
Aku
Bisik hati aku, tukar jadi lagu
Bila cakap laju, jadi putar baru
Sudah jadi lagu, berkepuk di saku
Korang tanya “ni otai ke budak baru?”
Tanya saka apa dia pakai lirik semua sakai
Ludah api [?] tukar jadi daging salai
Sini takde syirik no aku takde gimik
c*ma 10000 jam dalam bilik tulis lirik
Titik peluh peluh khasiat macam sihir
Tuang dakwat atas lidah, duit keluar bibir
It’s magic, macam ahli silap mata
Lebih dari satu karya dalam carta bila-bila masa
Yang main dam tak faham percaturan
Ayam kari yang nak beef, mari aku laungkan
Single atau album, solo, regu, atau pasukan
Dalam cypher yang aku utamakan jadi jamuan

[Bridge: Altimet]
Semai anak, sampai tumbuh padi
Tuai padi, sampai jadi beras
Masak beras, kita makan nasi
Perut kenyang sebab kita kerja keras

[Chorus: Dan $hiv dan Altimet]
Kalau patah sayap
Aku bertongkat paruh
10 kali bangkit
Kalau 9 kali jatuh
11 kali tewas
Ke 12 aku jaguh
Tiada angin dalam layar
Ha, aku sanggup kayuh
Kalau patah sayap
Aku bertongkat paruh
10 kali bangkit
Kalau 9 kali jatuh
11 kali tewas
Ke 12 aku jaguh
Tiada angin dalam layar
Ha, aku sanggup kayuh